INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Monday, March 10, 2014

PRAY FOR MH370

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014


TARIKH  : Sabtu / 08 March 2014
MASA    : 8.00 Am - 12.00 Pm
TEMPAT : PERKARANGAN USM
Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SK Seri Relau. Pungutan mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini, acara merentas desa ini hanya melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Larian peserta dimulakan oleh Pn. Norsilawati bt Ishak sebagai pelepas. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang.


 

Friday, March 07, 2014

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

Sekolah Kebangsaan Seri Relau hari ini melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat sekolah dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Program NILAM yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap dan tabiat membaca tersebut melibatkan beberapa komponen seperti aktiviti-aktiviti galakan membaca, penyediaan bahan bacaan yang bersesuaian dan mencukupi, serta mempelbagaikan masa dan ruang untuk membaca dalam pelbagai situasi dan lokasi. Program NILAM di peringkat sekolah diuruskan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Majlis pelancaran NILAM SK Seri Relau 2014 dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar,  Dalam ucapannya, beliau menekankan kepada para murid tentang kepentingan membaca dalam apa sahaja keadaan untuk memastikan agar masa yang terluang dapat diisi dengan cara yang berfaedah. Seterusnya, beliau telah menyempurnakan gimik pelancaran sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM untuk tahun 2014.

Monday, February 17, 2014

Pelantikan Pengawas 2014


Sekolah Kebangsaan Seri Relau telah mengadakan majlis Pelantikan Pengawas Sekolah untuk sesi persekolahan 2014 pada 17 Feb 2014. Pelantikan ini melibatkan murid-murid Tahun 3 hingga 6. Pengawas Sekolah pada tahun ini dipilih melalui jawatankuasa pemilihan pengawas sekolah tahun ini.

Guru Besar telah menyampaikan watikah pelantikan kepada semua Pengawas yang dilantik, serta memakaikan Blazer kepada Pengawas Sekolah sebagai simbol pelantikan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar Pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas yang baru dilantik.



Friday, January 31, 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah 1435H/2014M

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah 1435H/2014M telah dijalankan pada 29 Januari 2014 (Rabu) bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Relau. Sambutan pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”.


 
Perarakan ini disertai oleh semua murid beragama Islam dari tahun satu hingga tahun enam, murid Pra-Sekolah serta murid Pendidikan Khas.

Takwim Sekolah 2014